BBM3410/18 : bihun celup sedap tak terhingga


Assalamualaikum semua…

Hari ni nak cerita mengenai sikit mengenai makanan orang kelantan, maklumlah aku sendiri orang kelantan/ anak jati kelantan. Biasanya Kelantan masakannya mesti manis-manis seperti ketupat sotong, kuih akok, asam gupal, kuih buah peria, dan banyak lagi. Kelantan dikenali dengan negeri lambaian kaabah, dan ada sejarahnya tersendiri. Disebabkan aku orang kelantan aku nak cerita sedikitlah mengenai makanan kesukaan aku iaitu bihun celup, bihun celup biasanya menggunkan air rebusan ayam atau daging yang diletakkan perasa, sayur-sayur, kacang tumbuk dan sebagainya.. kalau nak cerita perihal resepi mmm…susah sikit sebab tak pernah buat tetapi hanya beli dan makan di kedai sahaja hihi…biasa di kedai nama je bihun celup tetapi bagi yang tidak suka bihun boleh ditukar kepada mee ikut kesukaan…lagi sedap bila minum air kelapa yang segar…tetapi sejak belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) jarang sekali dapat makan bihun celup ni….tapi…..haa tidak disangka minggu lepas jumpa juga kedai yang jual bihun celup ni, nama kedainya Mok Su Nab yang terletak dibangi… dapat merasa juga laa bihun celup walaupun bukan dari Kelantan.

Haa ni yang aku makan, tetapi bukan mee tapi bihun ..sedap jugak makan bihun celup dengan air kelapa muda ni... mesti cuba tauuu!!!

Nanti cubalah makan di restoran ini yang beralamat di :


Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, 1-1B,, Jalan Medan Pb 2a, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Restoran Nasi Mok Su Nab, Address

Comments