BBM3410/18 : keluarga besar ku


BBM3410 : keluarga besar ku
Alhamdulillah minggu ni rasa nak cerita tentang keluarga aku......
Ibu aku diberi nama Ramlah Binti Ibrahim dan ayah aku Md Zain Bin Mohamed mereka adalah nyawa kami dunia akhirat insyaallah dengan izinNya.
Haa..... kalau nak tahu besar juga la keluarga aku ni, kami semuanya 10 orang adik beradik iaitu 7 lelaki dan 3 perempuan sahaja, ramai kan,, alhamdulillah rezeki namanya. Orang tua dulu-dulu pun cakap keluarga besar ni murah rezeki...insyaAllah. aku mempunyai 5 orang abang, 2 orang kakak dan 2 orang adik, aku ni dikatakan perempuan bongsu laa walaupun aku ada lagi 2 orang adik 😂..
Walaupun keluarga kami besar tetapi sejak masing-masing sudah dewasa, matang dan berumah tangga makin susah untuk berkumpul semuanya maklumlah masing-masing sudah ada tanggung jawab masing-masing. Sekarang ada yang menetap di Johor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Perak

2 orang ni adalah adik lelaki aku yang mana masih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, sorang di Politeknik, Johor dan sorang di Politeknik, Shah Alam.


Comments