BBM3410/18 : kuliah minggu 1 yang penuh debaran gituuu...


BBM3410 : Kuliah minggu 1 yang penuh debaran gituuu...



Assalamualaikum...Haa meh nak cerita sikit Kuliah minggu 1 bagi BBM3410 Multimedia dalam Bahasa


PROFESSOR DR. NORMALIZA BINTI ABD RAHIM


h.D (Nottingham, UK), M.Sc, B.Ed (TESL), Cert. in Education (MPKI), Cert. in Sp. TESL (MPIK), Cert. in ICT (Cambridge), Cert. in IT (London)
Analisis Wacana, Analisis Wacana Kritis, Analisis Interaksi, Sosiolinguistik, Media dan Teknologi


Minggu pertama bersama dengan Prof. Dr. Normaliza Binti Ab. Rahim
prof seorang yang sempoi orang katakan..kelas prof tak sah kalau tak kalut hahaha...tapi best sebab prof suka buat lawak kami dalam kelas gelak, tapi prof biasa je...ok minggu pertama kami satu kelas telah diberikan pendedahan mengenai kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Bukan itu sahaja, minggu pertama lagi kami satu telah dah diberi tugasan secara berkumpulan dan setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 10 orang....haaaaa ramaikan...tu biasa  kata prof sebab ada yang mesti jadi model untuk fotografi , bahagian panjat pokok, dan lain-lain....gelabah kot hahahaha...prof juga memberi peringatan kepada setiap kumpulan untuk membawa bahan-bahan tugasan untuk tugasan asas grafik yang akan dilakukan minggu ke-2. Selain itu, kami dimaklumkan untuk membeli 2 buah buku dengan prof yang berharga rm85.00, buku tersebut akan digunakan sepanjang kursus ini, segala tugasan individu atau berkumpulan berdasarkan buku tersebut. Bagi kursus ini juga, untuk menghadiri kuliah atau tutorial, pelajar hendaklah berpakaian kemas dengan memakai kasut bertutup ataupun sandal bertali, kerana prof mementingkan ketrampilan diri dan penampilan diri adalah identiti seseorang.

Comments