BBM3410/18 : indahnya menutup aurat dengan handsock


Assalamualaikum semua…

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

Berdasarkan surah al-ahzab diatas berkenaan aurat, mesti dah faham apa yang nak dikongsi hari ini, hari ini nak kongsi berkenaan aurat wanita yang selalu diambil mudah terutamanya bahagian lengan, ramai wanita yang beranggapan mudah membiarkan lengan terdedah dengan begitu sahaja sedangkan itu adalah aurat. Haaaa aku bukan lah nak buka aib sapa-sapa tapi aku hanya nak berkongsi sahaja. Handsock merupakan salah satu inisiatif untuk wanita menutup aurat di bahagian lengan. Bagi yang yang cuba berubah dan cuba memakai handsock pasti akan kurang selesa, panas,gatal dan sebagainya, tetapi lama- kelamaan pasti akan selesa dan kalau tidak memakainya pasti tidak akan berasa tidak selesa pula. Benda yang baik pasti indah juga ganjarannya. Handsock juga boleh didapati dengan pelbagai design dan warna untuk kesukaan kita, dibawah ini merupakan contoh handsock yang aku miliki :





Comments