BBM3410/18 :gubahan bunga dan coklat

BBM3410/18 :gubahan bunga dan coklat


Assalamualaikum... ni aku nak kongsi lagi satu perkara yang menarik dan perkara aku suka sangat buat iaitu gubahan bunga dan coklat. Gubahan ini antara perkara yang aku suka sangat buat dan boleh meningkatkan daya kreativiti aku laa...bukan itu ja aku juga boleh buat pendapatan sampingan sengan gubah bunga dan coklat..orang panggil flowers bouquet gitu. Jasi selama aku berada di UPM dan setiap kali musim Konvokesyen aku akan mengambil peluang untuk membuat gubahan bunga dan coklat. Yela sekurang-kurangnya dengan kemahiran yang aku ada, aku dapat juga duit tambahan dan boleh buat simpanan kan, maklum laa aku masih belajar dan tanggungan dibawah kedua ibu bapa aku lagi. Jadi tak salah kalau aku gunakan kemahiran yang aku ada kan.

Bukan tu sahaja, aku boleh buat gubahan atas permintaan pembeli. Membuat gubahan bunga dan coklat ini sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana memerlukan ketelitian supaya produk yang aku gubah itu menarik, cantik dan pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja aku. Aku meletakkan harga setiap gubahan tidak terlalu mahal tetapi berpatutanlah, maklumlah barang semua mahal. Kadangkala orang akan cakap harga mahal laa..macam-macam, tetapi mereka tidak faham kerana seorang pembeli mestilah kita inginkan harga yang murah tetapi bagi seseorang penjual, perlu ambil kira setiap kos bukannya sewenang-wenangnya meletakkan harga yang mahal kan... Aku buat gubahan ini juga sebab minat, mungkin suatu hari nanti aku boleh ada kedai sendiri kan...angan-angan dulu mana laa tahu jadi kenyataan hihi..di bawah ni aku letakkan gambar gubahan yang aku telah buat.









Comments