BBM3410/18 : kitar semula terus cantik

 BBM3410/18 : kitar semula terus cantik

Assalamualaikum semua...
hari ni nak kongsi sesuatu yang menarik sikit. apa yang menarik tu? oke aku nak kongsi cara bagaimana nak kitar semula barang lama. Apa yang aku nak kongsi hari ni ialah diy casing handphone. Kita semua ni mestilah guna handphone kan...tipu laa kalau tak guna, oke kalau guna handphone mesti kita guna casing juga kan sebab tak nak handphone kesayangan kita tu tercalarkan.. memang la guna casing tetapi takkan laa tiap-tiap bulan nak beli casing baru kan...jadi aku cadangakan buat macam aku ni diy casing handphone dan nanti casing handphone yang lama jadi baru..Caranya taklah susah sangat biasa-biasa ja, kira ni boleh jimat laa. Mari aku tunjukkan caranya: 

1) bahan yang diperlukan casing handphone yang terpakai, berus, stapler, gam cecair berwarna putih (aku guna yang berwarna putih sebab sesuai untuk kegunaan kraf tangan), kertas pembalut yang bercorak dan berkilat (boleh guna apa-apa kertas asal cantik dan potong memanjang ikut saiz kesukaan kita sahaja)



2) gunakan sehelai ketas pembalut tadi sebagai asas untuk buat anyaman (kertas berwarna putih) seterusnya stapler kertas pembalut secara memanjag dan ikut kesukaan masing-masing dan buat anyaman seperti tikar secara selang seli dan atas bawah. seletah siap dianyam, gunakan berus untuk sapukan gam pada anyaman tadi dan biarkan sehingga kering.


 3)setelah selesai dianyam dan gam telah kering, potong bahagian lebihan dan potong supaya rapi dan mengikut ukuran casing handphone yang kita gunakan.


4)letakkan anyaman yang dipotong mengikut casing hanphone tadi pada bahagian dalam casing hanphone...selepas itu siap!!!! boleh la jimat-jimat hihi


Comments