BBM3410/18 : pesta makanan tradisional melayu.

BBM3410 : pesta makanan tradisional melayu.


1) Pesta Makanan Tradisional

 Saya menjadi peserta untuk program pesta makanan tradisional melayu yang diadakan pada 25 september 2018 iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Pesta ini diadakan di Laman Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti putra malaysia.  Pelbagai aktiviti yang diadakan bagi menarik minat pengunjung dan peserta contohnya pertandingan mewarna, pertandingan kolaj, pertandingan mengukir buah, persembahan kebudayaan, gerai jualan, rasa dan teka, kembara resepi, cabutan bertuah  dan yang menarik sekali adalah demonstrasi masakan tradisional oleh chef jemputan Ybrs Prof Madya Dr. Muhammad Shahrim Abdul Karim.

Seterusnya, banyak gerai makanan yang menjual makanan yang memfokuskan masakan tradisional melayu seperti ikan tongkol masak lemak, ayam masak merah, sambal petai ikan bilis dan sebagainya. Pesta makan ini bukan sahaja untuk menarik minat peserta untuk mengetahui secara langsung mengenai masakan tradisional melayu tetapi untuk menerapkan minat terhadap masakan melayu, mengangkat martabat makanan tradisional melayu.



 Bersama Profesor Dr. Normaliza binti Abd Rahim

Bersama Profesor Madya Dr. Norazlina Binti Haji Mohd Kiram


Over the shoulder fotoshot

 Antara makanan yang dijual di gerai makanan


Bersama dengan chef jemputan : Prof Madya Dr. Muhammad Shahrim Abdul Karim.


Pesta makanan tradisional ini mendapat liputan akhbar Harian Metro.




Video sekitar pesta makan

Comments