BBM3410/18 : video one shot dan twitter

BBM3410/18 : video one shot dan twitter

Assalamualikum semua....

Ni haaa ada cerita lagi mengenai tugasan minggu ni, minggu 7. Ok prof bagi kami tugasan untuk buat video one shot.. haaa...video one shot apa tu? oke video one shot ni kami kena rakam video berdasarkan lagu yang dipilih kira kami akan miming kan lagu tersebut tanpa mengerakkan kamera, kiranya kamera tertumpu pada satu sudut sahaja, ini bermakna kami yang harus pandai mengambil ruang dan posisi supaya video yang dirakam itu menarik...haaa gitu... ni adalah tugasan kumpulan laa bukan individu, jadi ambil peluang ni tunjukan bakat boleh menari ke dan penghayatan lagu juga penting tau bukan sekadar miming sahaja...ingat.. video yang kami rakam juga tidak boleh langsung diedit yaa... kalau salah ulang lagi...salah ulang lagi...salah ulang lagi...haa buat laa sehingga puas hati.

Kumpulan aku diberi nama Panglima Awang. Klasik kan nama tu hehe.. yela biarlah nampak ada darah pahlawan sikit nak berjuang siapkan tugasan ni gituu... kumpulan aku memilih lagu Heal Husaini- Hajat untuk jadikan video one shot kumpulan kami. Nak siapkan video ni bukanlah mudah ya ambil masa dan kesabaran juga, perlukan latihan supaya lagu seragam dengan miming yang kami buat, tarian lagi haa...kena sabar, sabar banyak-banyak tapi bila dah siap mestilah puas hati dan...berapa kali ulang tengok video yang sama ja...hihi

Ahli kumpulan Panglima Awang ayu dan kacak hehehe


Proses mencari sudut yang sesuai untuk merakam video

 Seterusnya nak cerita mengenai twitter pula. ianya merupakan medium yang digunakan dalam subjek BBM3410 ini. melalui subjek ini aku banyak mengunakan aplikasi sosial termasuk laa twitter. Melalui aplikasi sosial ni aku sebagai pelajar bahasa sepatutnya berbangga laa kerana melalui kursus ni dapat memberi peluang dan pendedahan kepada aku bahasa pelajar bahasa juga serba boleh dalam menggunakan aplikasi dan bukan hanya berkaitan dengan bahasa sahaja... melaluin twitter ini aku perlu tweet apa sahaja setiap minggu dan retweet semula tweet kawan aku. Ini juga pendedahan kepada aku maklum laa aku tak pernah menggunakan twitter hehe

ni twitter aku dan tweet yang pertama kali aku lakukan hahahahha


ni aku retweeted yang kawan aku

Comments

  1. Seronok kan ! Rasa nak menari lagi hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok! rasa nak menari lagi walaupun kali pertama menari haha

      Delete

Post a Comment