BBM3410/18 : buku surat untuk orang putus cinta


BBM3410/18 : buku surat untuk orang putus cinta

 Assalamualikum...sihat ke? harap sihat laa ya , semoga ceria selalu bersama dengan orang tersayang.💛


Hari ni laa kan aku nak berkongsi berkenaan dengan sebuah buku, buku ni bertajuk Surat Untuk Orang Putus Cinta terbitan Tarbiah Sentap. 



Aku teringin nak berkongsi sebab aku dah baca buku ni. Untuk pengetahuan semua buku sebenarnya bukan khusus kepada orang yang putus cinta dengan pasangannya tetapi buku ini lebih kepada tarbiah yang mana manusia dengan Pencipta iaitu Alllah S.W.T...aku pada awalnya beranggapan bahawa buku ni lebih kepada soal cinta antara sesama manusia, tetapi aku silap. Buku ni lebih memberi pendedahan, kesedaran dan sebagainya melibatkan kita manusia dengan Pencipta kita. Bagi aku buku ni banyak memberi kesedaran kepada diri aku sendiri yang kadangkala kita leka dengan permainan dunia dan kita tak sedar dalam diam kita tak tahu apa yang kita inginkan didunia ini. aku sarankan dapatkanlah buku terbitan tarbiah sentap ni dan fahami sendiri isi kandungannya, dalam buku ini juga dinyatakan tajuk dan juga disertakan juga tajuk lagu berunsur Islamik, supaya kita boleh mendengar lagu tersebut sambil menghayatinya. Ianya merupakan cara yang berkesan untuk diri kita, bagi aku ni adalah cabang dakwah yang boleh membawa perubahan yang besar dalm hidup seseorang.

 Dibawah ni aku sertakan antara kandungan yang terdapat dalam buku tersebut: 
1) Kau putus cinta dengan manusia?
2) Kau putus asa dengan tuhan?
3) Kau taubat tapi kau masih tak mampu tinggalkan dosa yang kau ketagih?
4) Kau nak berubah tapi masih terngiang-ngian dosa yang sama, dan kau jatuh kembali lantaran dosa itu menghantui diri kau?
5) Kau tak tahu bagaimana caranya mencintai tuhan?
6) Kau rasa jiwa kau "kosong" dan mencari sesuatu yang kau masih tak jumpa dalam hidup?
7) Bosan di khianati oleh janji palsu manusia dan harapan celaka yang menipu oleh syaitan berwatak manusia?
8) Tak rasa manis dalam ibadah, hilang rasa nikmat bertuhan, rasa segala perintah Allah itu beban, dan menyampah dengan kebaikan?
9) Rasa nak kembali pada Allah, tapi masih tak jumpa jalan?
10) Tak mampu atasi godaan iblis yang menipu daya?
11) Nak lupakan orang yang kau cintai? Nak tinggalkan couple? Nak kahwin tanpa couple? Nak jaga ikhtilat tapi tak tahu bagaimana? Nak clash dengan cara yang paling baik?
12) Tak tahu apa nak buat kalau dah berzina, terlanjur, ketagih video lucah dan onani?
13) Masih belum kenal Allah?
14) Masih belum mendapat hakikat cinta Allah?
15) Masih ragu-ragu dengan pengampunan Allah?
16) Kau tak nampak macamana nak berubah secara total, dan kau tak yakin yang kau mampu berubah? Dan kau tak tahu nak mula dari mana?
17) Kau nak contoh-contoh kisah hijrah yang "hidup" agar kau mampu ikuti dan contohi?
18) Hilang semangat dalam hidup dan rasa nak bunuh diri?



Comments