BBM3410/18 : rutin 'skin care'

BBM3410/18 : rutin 'skin care'

Assalamualaikum semua.............................................................................................................................................................................................................................haaaaa hari ni aku dengan senang hati nak kongsi laa skin care yang aku gunakan setiap hari...yela skin care ni masing-masing tidak sama dengan orang lain maklum laa jenis kulit juga berbeza ada yang sensitif kan....termasuklah kulit aku yang sensetif sangat ni, nak cari produk yang sesuai pun susah adoiiii....sehinggalah aku guna produk yang akan aku terangkan serba sedikit dibawah nanti. Alhamdulillah selepas menggunakannya kulit aku makin oke laa dari zaman sekolah dulu kan....



oke....jom aku tunjukkan produk yang aku gunakan, nati hadam ya baik-baik, mana la tahu produk ni nanti anda semua nak cuba dan sesuai untuk kulit anda semua kannn...


1) pencuci muka (gental skin cleanser)
rutin harian aku, untuk pencuci muka aku akan gunakan cetaphil (gental skin cleanser) yang ni yang paling utama aku gunakan tau sebab memang bagus sangat dan juga sangat sesuai untuk kulit bermasalah seperti jerawat atau berminyak macam kulit aku ni. Apa yang lagi bagus produk ni adalah boleh digunakan untuk menanggalkan make up, bagi yang suka make up laa kn dan korang juga boleh jadikan skrub dengan campuran oat dan cetaphil ni haaa tak percaya kaa...cuba buat aku dan cuba..aku sangat berpuas hati dengan produk ni aku bagi skor 10/10 gituuu hihihi...

2) pencuci muka (acne clear)
okkk...ni pencuci muka ke dua yang aku gunakan selepas gunakan cetaphil, pencuci muka ini untuk anti acne jenama pond's , biasa la kadang-muka ni berjerawat dan ianya sangat sesuai untuk digunakan dan harga pun tidaklah mahal sangat kira mampu milik laa kan....


3) skin care untuk malam

haaa untuk yang malam pula aku gunakan produk jenama good virtues co. glowing & goodness iaitu brightening facial toner dan brightening night cream produk ni berasaskan minyak biji hitam organik. Kandungannya juga bahan bukan terdiri daripada haiwan dan tidak  tidak diuji pada haiwan. produk ni sangat selesa dan menyegarkan.


 4) pelembap kulit

ni juga antara salah satu produk kesukaan aku dan hampir 4 tahun aku dah gunakan kerana produk ni dapat menghilangkan parut jerawat maklumlah aloe vera, ia sesuai dengan kulit aku, selalunya aku akan pakai waktu malam juga sebelum tidur, ia sedikit melekit sebab tu la aku akan pakai waktu malam sebelum tidur, produk ni jenama the faceshop tau dan hanya jual di kedai the faceshop, jadi aku tidak ragu-ragu untuk menggunakannnya dan bukan yang tiruan. Kebanyakkan produk ini ada yang tiruan tetapi berlainan jenama la kan...jadi buat pilihan yang bijak.

5) make up remover
make up remover aku gunakan yang jenama garnier (micellar water) yang ni best sangat rasa sejuk dan sesuai dengan kulit aku tak rasa gatal dan make up remover ni tidak berbau pun.


6) make up
akhir sekali rutin harian aku, make up..make up ke yang ni produk yang aku gunakan setiap hari sebelum keluar, pergi kelas dan kemana-mana sahaja aku akan bawanya maklumlah bila berjalan ni kau akan solat dan tanggalkan make up jadi kena pakai semula kan.. semuanya simpel sebab aku tidak la suka sangat make up ni, suka natural gituuuu...

Comments