BBM3410/18 : suka manis

BBM3410/18 : suka manis



Assalamualikum semua…


Sihat ka????aku harap yang baca blog aku ni Alhamdulillah sihat semua laa yaa… haa ni nak cerita la sikit tentang perangai pelik aku...perangai pelik ke???hmmmm😏 

sedia maklum aku ni orang Kelantan, dan untuk pengetahuan semua orang Kelantan ni suka sangat manis-manis betul ke? betul laa tu tapi tahap manis tu ada had laa ya...bukannya letak gula sampai nak potong kaki hihihi..bagi aku sendiri laa kan masakkan orang Kelantan memang manis laa, dan bagi yang tidak sukan manis tu mesti merungut laa yang makanan Kelantan ni manis, tak kira laa dalam kuih ke, air ke, gulai ke mesti manis😃...

Okey kalau aku pula pelik sikit, memang jelas laa aku suka manis kan dan untuk pengertahuan korang haaa yelaaa kau, kau yang sedang baca blog aku ni haa...aku ni kalau masak meggie ke, sardin, gulai memang tak sah kalau aku tak letak gula, tak tahu laa kenapa. Sehinggakan bila aku masak meggie iaitu meggie kari mak aku sendiri tak nak makan sebab aku masak meggie letak gula...tu selera aku tapi tak laa banyak aku letak gula tu berpada-pada laa...tu bila aku masak untuk aku sendiri yang makan laa kalau untuk orang lain, aku tak laa masak camtu biar cukup rasa gitu.....

Manis-manis juga tapi kena berjaga-jaga jangan sampai mudaratkan kesihatan tauuu...dan untuk pengetahuan semua juga walaupun orang Kelantan ni suka sangat manis tetapi tahap penyakit kencing manis yang tertinggi di Malaysia pesakit bukan berasal dari negeri Kelantan tau...hmmm tak kira laa berasal negeri mana pun tetapi nasihat aku untuk diri sendiri dan orang ramai kurangkan gula dalam makanan atau minuman untuk kesihatan diri dan keluarga kan...haa dibawah ni aku sertakan antara contoh masakan orang Kelantan

Kuih apam, kosul, Koleh minyak



Lompat tikam


Ketupat sotong


Nasi Kerabu

Comments