BBM3410/18 : asas grafik

NOTA ASAS GRAFIK

Dibawah ini terdapat 5 asas grafik 
  • Mudah
  • Warna
  • Kesesuaian
  • Keseimbangan 
  • Teks 

Mudah
Bagi konsep asas grafik mudah merupakan element yang harus ada. Mudah merupakan element yang dapat membuatkan seseorang melihat gambar itu dan mengetahui dengan mudah apa yang digambarkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan ianya jelas dinyatakan pada gambar dibawah. Gambar dibawah ini menunjukkan element mudah iaitu jelas menunjukkan bahawa gambar itu ialah bunga yang berwarna unggu



Warna 
Warna juga merupakan asas grafik. Warna memainkan peranan penting dalam sesebuah grafik kerana warna merupakan satu daya tarikan untuk pembaca atau penonton yang melihat, tidak kira lah penggunaan warna untuk pakaian, barangan, kenderaan dan sebagainya. dalam gambar grafik dibawah jelas menunjukkan element warna yang ada dalm gambar tersebut. Dalam gambar tersebut warna merah digunakan sebagai tema grafik tersebut.


Kesesuaian
 Kesesuaian juga merupakan asas grafik yang penting yang mana harus diterapkan dalam grafik. Berdasarkan gambar di bawah element kesesuaian diterapkan kerana bagunan yang tinggi bertemakan warna biru dan berlatar belakangkan  langit yang biru dan tenang ia sangat sesuai 


Keseimbangan 
Keseimbangan juga merupakan element yang penting bagi penghasilan grafik yang menarik, cantik dan sesuai. grafik yang diambil mestilah seimbang dan tidak berat sebelah. ia seperti yang ditunjujjan dalam gambar dibawah. Gambar dibawah menunjukkan bahawa grafik tersebut seimbang dari segi ruang kiri dan kanan, atas dan bawah.




Teks 
Teks merupakan element penting khususnya dalam grafik untuk pengiklanan yang mana terdapat pelbagai tulisan yang menjelaskan sesuatu produk atau perihal gambar, sebagai contoh dibawah. grafik dibawah terdapat teks yang menjelaskan jenama produk kasut iaitu jenama kasut jenama Larrie.


Comments