BBM3410/18 : video one shot

NOTA VIDEO ONE SHOT

One shot two layer

one shot two layer merupakan video yang memfokuskan kepada 2 layeR iaitu jika video terdapat dua pergerakan contohnya orang dihadapan mennyanyi dan di belakang berlakon ia dipanggil video one shot two layer


one shot three layer

one shot three layer merupakan video yang memfokuskan kepada 3 layer iaitu jika video terdapat 3 pergerakan contohnya orang dihadapan mennyanyi, di belakang berlakon  dan terdapat pergerakan pokok dibelakang pelakon ia dipanggil video one shot two layer



  • Video one shot hanya tertumpu pada satu sudut sahaja
  • Kamera tidak digerakkan
  • Pelakon, penyanyi atau apa sahaja yang boleh bergerak
  • Video tidak boleh diedit 
  • Mempunyai seorang pengarah
  • Mempunyai Penolong Pengarah
  • Props
  • Koreografi
  • Penata Cahaya
  • Editor
  • Lokasi
  • Pelakon dan Penyanyi

1) Video one shot hanya tertumpu pada satu sudut sahaja: 
video one shot tertumpu pada satu sudut sahaja yang mana dalam video tersebut mestilah terdapat sesuatu yang ingin fokuskan. ianya bergantung kepada individu atau kumpulan . Seperti contoh video yang kami telah buat dalam kursus multimedia ini.

2) Kamera tidak digerakkan:
Bagi video one shot kamera langsung tidak boleh digerakkan. kamera hanya perlu diletakkan secara statik dan tidak berubah posisi mengikut pelakon atau penyanyi yang terdapat dalam sesuatu video.

3) Pelakon, penyanyi atau apa sahaja yang boleh bergerak:
Video one shot ini kamera tidak boleh digerakkan tetapi hanya orang yang terlibat dalam video sahaja memainkan peranan penting bagi menghidupkan sesuatu video itu dengan pelbagai versi samada lakonan atau nyanyian.

4) Video tidak boleh diedit :
Video one shot yang diambil tidak boleh diedit langsung, samada dengan cara cut bahagia-bahagian yang tidak sesuai ataupun menambah sesuatu element yang tidak ada dalam video tersebut. one shot video juga merupakan video yang asal dan tidak boleh diubah....melainkan sedikit penambahan diakhir video seperti penambahan kredit lagu, penyanyi, syarikat , pelakon dan sebagainya.

5) Mempunyai pengarah :
Bagi penghasilan video termasuklah video one shot. Tugas pengarah ialah merangcang sesebuah cerita atau video untuk dialakukan. Pengarah juga harus mempunyai konsep dan idea bagi menghasilkan sebuah video dan menulis skrip atau gambaran visual kepada kru ataupun sesiapa yang terlibat untuk membuat video. Pengarah juga turut merancang lokasi, perancagan untuk rakam shot, cerita, nyanyian dan lakonan. Buka itu sahaja tugas pengarah perlu memantau perjalanan sebelum, semasa dan selepas membuat video.

6) Penolong pengarah:
Penolong pengarah pula merupakan pembantu bagi pengarah untuk melaksanakan pembuatan video tersebut. Penolong pengarah juga harus menjaga masa dan penyusunan shot yang ingin dirakam supaya berjalan dengan baik.

7) Props
Bagi props pula bertanggungjawab untuk menyedia kesemua barang atau bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesebuah video seperti barang yang ingin digunakan semasa shot video.

8) Koreografi
Koreografi kebiasaannya melibatkan tarian, yang mana seseorang harus menjadi ketua untuk menghasilkan tarian yang seragam dan sesuai untuk pembikinan video.


9) Penata cahaya :
penata cahaya atau gaffer ialah bertanggungjawab bagi memastikan penggunaan elektrik atau pencahayaan yang sesuai untuk merakam video supaya video tidakk gelap dan sebagainya.

10) Editor
Tugas editor pula adalah bagi mengedit video supaya video lebih berkualiti dan menarik tetapi bagi video one shot video tidak perlu dieditr tetap perlu menambah kredit sahaja.

11) Lokasi
Lokasi merupakan tempat yang sesuai untuk pembikinan video, lokasi ini kebiasaannya sesuai dengan tema atau jalan cerita sesebuah video.

12) Pelakon, penyanyi dan krew yang terlibat
Pelakon, penyanyi dan krew merupakan kumpulan yang terlibat bagi menjayakan lagi pembikinan sesebuah video .

Dibawah ini adalah video one shot yang telah saya bersama kumpulan lakukan bagi memenuhi kursus BBM3410 (Multimedia dalam Bahasa):



Video one shot





Video One shot Two layer



Video one shot three layer

Comments